13 Mei, moga tak berulang: Rusuhan 1969 yang mengubah Malaysia | Malaysiakini

13 Mei, moga tak berulang


Rusuhan 1969 yang mengubah Malaysia

( Diterbitkan pada 13 Mei 2019 )

Nota editor:

Rencana berikut mengisahkan insiden berdarah, rusuhan 13 Mei 1969.

Episod gelap ini terlalu memedihkan sehingga dianggap tabu dan rahsia.

Kami singkap semula kisah ini untuk bacaan generasi rakyat Malaysia yang lahir selepas rusuhan yang berlaku 50 tahun lalu.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk hari ini dan untuk masa depan kita bersama.

Pada tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah.

Penjajahan Jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kaum, dan beberapa pertempuran kecil antara kaum berlaku.

Menjelang hari mengundi pada 10 Mei, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan ibu kota Kuala Lumpur. Salah seorangnya jentera Umno, manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis.

Sehari sebelum hari mengundi, ribuan orang berarak di KL untuk mengingati pekerja Parti Buruh tersebut. Keadaan di ibu kota tegang.

Newspaper clipping: Selangor, Perak to poll again?

Pada Mei 13, 1969, akhbar Straits Times melaporkan pengundi Selangor dan Perak mungkin perlu kembali ke peti undi. / Sumber: SPH

Keputusan awal menjunjukkan parti pembangkang DAP dan Gerakan yang didominasi bangsa Cina, menang banyak kerusi. Di Selangor - negeri terletaknya Kuala Lumpur - Dewan Undangan Negeri tergantung.

Dari buku '13 Mei: Before and After' yang ditulis perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pada 11 dan 12 Mei, penyokong parti pembangkang berarak di KL sambil menghina kaum Melayu. Tercabar dengan tindakan itu, Pemuda Umno bercadang berarak pada 13 Mei selepas waktu Maghrib.

Berikut adalah kejadian pada hari tersebut:

(Lokasi-lokasi dianggarkan berdasarkan peta terkini.)

Abdul Rahman Mohd Noor (kiri) dan Tan Choong Cheng (kanan) menyaksikan kejadian ngeri di Kampung Baru. Ketika itu, mereka berumur 21 dan 17 tahun.

Source: Hassan Muthalib
Di Jalan Campbell yang berhubung dengan Jalan TAR, dan juga di Jalan Yap Ah Shak bersebelahan Kampung Baru, rumah-rumah kedai dimusnahkan.

Perintah berkurung diumumkan di radio pada 7.45 malam.

Sumber: SPH
Jurugambar tidak ketahui

Panggung Capitol antara pawagam yang diserang di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sumber: Skyscrapercity.com

Hospital Besar (di latar belakang) terletak lebih kurang 1km dari kawasan panas rusuhan.

Sumber: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Kenderaan yang dirosakkan di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Sumber: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Sebuah kereta yang terbakar di Jalan Raja Muda, lokasi tercetusnya rusuhan.

Sumber: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Rumah kedai yang terbakar di Jalan Campbell.

Sumber: National Archives of Malaysia, 2007/0050685

Kuala Lumpur bawah perintah berkurung

Gambar-gambar berikut diambil oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada Mei 15, 1969. Sultan Ismail keluar dengan kameranya selepas menandatangani perintah darurat.

Jalan Raja di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad lengang akibat perintah berkurung. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Jalan Batu (sekarang dikenali Jalan Tuanku Abdul Rahman) merupakan kawasan panas rusuhan 1969. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Jalan Bukit Bintang yang biasanya sibuk lengang pada 15 Mei 1969, semasa Kuala Lumpur berada bawah perintah berkurung./ Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Gambar jalan raya sepi ini dipercayai diambil di Pudu, berdasarkan papan tanda Hotel Odeon di belah kiri gambar. Tiada seorang pun berlegar di luar. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Ismail.

Pindah Kuasa

Pada 24 Jun, Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan, diketuai Tun Abdul Razak Hussein. Kuasa berpindah dari PM Tunku Abdul Rahman ke Tun Razak.

Pada tahun 1971, Parlimen bersidang semula dengan Tun Razak sebagai perdana menteri. Sebilangan sejarawan menganggap pemindahan kuasa ini bukti rusuhan tersebut sebenarnya sebahagian dari kudeta.

Razak, duduk di tengah, merupakan pengerusi Majlis Gerakan Negara.

Razak percaya bahawa perpaduan takkan dicapai jika kekayaan tidak dikongsi dengan adil. Pada masa itu, bumiputera memegang 2.4% kekayaan negara.

Maka pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru dilancarkan melalui tindakan afirmatif untuk meningkatkan pemilikian bumiputera. Semangat dasar tersebut diguna pakai ke hari ini.

Razak berjabat tangan dengan Tunku Abdul Rahman di majlis perpisahan Tunku di Parlimen, September 23, 1970. / Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara, tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang tersayang.

Di Afrika Selatan, trauma dari zaman Apartheid ditangani melalui sidang 'truth and reconciliation' bagi mencapai kemaafan. Kerajaan Jerman pula memilih untuk menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman Nazi ke muka pengadilan.

Malaysia boleh mengambil tauladan dari cara negara lain berhadapan dengan sejarah gelap mereka, namun menurut pakar, apa pun kaedah yang diguna pakai di Malaysia harus mengambil kira faktor-faktor tempatan.

Yang pasti, setengah abad telah berlalu dan Malaysia perlu mencari jalan untuk mengubati luka dari rusuhan Mei 13 dan supaya ia boleh bergerak ke hadapan. (Baca lagi)

Sumber: Sławomir Gajowniczek

Cerita 13 Mei kami

Pembaca Malaysiakini kongsi pengalaman 13 Mei mereka.

Penyerahan akan ditutup pada 13 Jun 2019.

Laporan berkaitan