Penolakan ICERD: Kedudukan Malaysia di dunia | Malaysiakini
Laporan Khas

Penolakan
Icerd
Malaysia di mata dunia


Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pada 23 Nov 2018, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD selepas beberapa minggu berlakunya demonstrasi.

ICERD yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman, namun di Malaysia ia dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu (Artikel 153) dan Islam.


Pengecualian
dalam ICERD


ICERD membolehkan negara yang meratifikasi konvensyen itu membuat pengecualian. Beberapa negara yang terlibat membuat pengecualian agar konvensyen berkenaan tidak melangkaui perlembagaan negara mereka.

Beberapa negara yang membuat pengecualian ialah AS, Thailand, Papua New Guinea, Nepal, dan Jamaica. Berikut merupakan beberapa contoh:

Malaysia boleh meratifikasi ICERD dengan pengecualian serupa untuk meredakan kebimbangan konvensyen itu akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

Sesebuah pengecualian boleh ditolak sekiranya dua pertiga negara yang menyertai Icerd tidak bersetuju dengan pengecualian itu. Namun ia tidak pernah terjadi kerana sukar untuk mendapatkan bantahan dua per tiga dari 179 negara.

ICERD di
atas kertas dan realiti


Di atas kertas, ICERD bertujuan untuk mengikat (binding) sesebuah negara namun ia dilihat sukar dikuatkuasakan kerana tiada badan penguatkuasan.

Sebagai contoh, orang Romani membuat aduan terhadap Slovakia kerana mendiskriminasi dan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum mendapati negara itu melanggar ICERD.

Jawatankuasa itu memberikan cadangan namun Slovakia mendakwa ia "tidak mengikat" (non-binding) dan seterusnya tidak peduli cadangan itu.[1]

Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Perkauman juga menerbitkan laporan tahunan ke atas negara yang meratifikasi konvensyen berkenaan dan pernah mengkritik beberapa aspek undang-undang syariah di beberapa negara majoriti muslim seperti Qatar, Arab Saudi dan Iran. Namun terpulang kepada negara itu untuk menerima atau tidak.[2]

Bagaimanapun, ICERD dilihat berfungsi sebagai rujukan dan garis panduan bagi negara yang terlibat untuk menggubal undang-undang antidiskriminasi.

Adakah anda warga cakna dan bermaklumat?


Selain ICERD, terdapat ahli politik yang menyatakan bahawa lima konvenysen hak asasi manusia PBB lain yang masih tidak diratifikasi Malaysia juga merupakan ancaman kepada negara.

Adakah anda setuju? Anda boleh membaca tentang lima konvensyen tersebut di bawah sebelum membuat keputusan.

Apa pendapat anda?


  • Adakah tindakan Putrajaya untuk tidak meratifikasi ICERD sebuah keputusan yang betul?

  • Patutkah Malaysia meratifikasi Konvensyen Menentang Penderaan dan Lain-lain Kezaliman (CAT)?

  • Patutkah Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa (CPED)?

  • Patutkah Malaysia meratifikasi Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil (ICCPR)?

  • Patutkah Malaysia meratifikasi Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR)?

  • Patutkah Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka (ICMW)?

undi

Kata anda