Carta & Graf Belanjawan 2020 | Malaysiakini
Budget 2020

Carta & Graf

Berapa peruntukan belanjawan?

RM297 bilion

Peruntukan itu kurang RM17.6 bilion berbanding belanjawan lepas.

Adakah Belanjawan 2020 lebih kecil daripada tahun lepas?

Kali terakhir belanjawan lebih kecil dibentangkan adalah pada 2016 dan 2017, susulan kemerosotan harga minyak mentah dunia yang merupakan antara sumber utama pendapatan kerajaan persekutuan. Tahun-tahun itu antara lain menyaksikan kekurangan ubat-ubatan di hospital awam dan turut menjejaskan peruntukan untuk universiti awam.

Adakah negara sedang menghadapi kesukaran seperti itu sekali lagi? Sebenarnya tidak. Belanjawan 2020 bukanlah belanjawan yang menyaksikan banyak pemotongan. Ia nampak seperti itu kerana belanjawan lalu, iaitu Belanjawan 2019, dianggap sangat besar susulan pemberian one-off yang diperuntukkan untuk membiayai GST dan pembayaran balik cukai lain. Sebahagian besarnya dibiayai oleh pembayaran dividen khas sebanyak RM30 bilion dari Petronas.

Bagi Belanjawan 2020, tiada keperluan untuk memperuntukkan pembayaran balik GST kerana cukai berkenaan sudah dimansuhkan. Maka pada masa sama tidak perlu ada dividen khas Petronas.

Bagaimana perbandingan jika pembayaran balik cukai tidak diambil kira?

Carta di bawah menunjukkan bahawa tanpa mengambil kira RM37 bilion yang sebelum ini diperuntukkan untuk GST/bayaran balik cukai pendapatan pada 2019, Belanjawan 2020 adalah 6.99 peratus lebih besar.

Bagaimana belanjawan diagihkan?

81.21%
Pengurusan

18.79%
Pembangunan

RM241b
RM56b

Peruntukan pembangunan sebanyak RM1.3 bilion dengan kerajaan merancang untuk mengukuhkan ekonomi melalui projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT2 dan menaik taraf lapangan terbang.

Perbelanjaan operasi adalah 18.83 bilion lebih rendah dengan ketiadaan pembayaran balik cukai.

Bagaimana ia diagihkan sebelum ini?

Dari mana sumber dana diperoleh?

Pada 2017, kali terakhir GST dikumpul untuk setahun penuh. Ia menyumbang sejumlah RM44.4 bilion atau 20.1 peratus daripada hasil pendapatan.

Sementara di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan hanya menjangka mengutip RM28.3 bilion pada 2020 - atau 11.6 peratus daripada hasil pendapatan.

Susulan pemansuhan GST pada 2018, kerajaan berusaha untuk mencari alternatif lain untuk sumber pendapatan.

Sementara Petronas kekal sebagai penyumbang utama pada 2019 melalui hasil bukan cukai,cukai pendapatan dan dan cukai tidak langsung dijangka menjadi penyumbang penting bagi menampung Belanjawan 2020.

Adakah ini bererti cukai pendapatan akan meningkat?

Cukai pendapatan hanya akan dinaikkan untuk golongan mewah. Kategori baru cukai diperkenalkan bagi golongan berpendapatan RM2 juta setahun dengan kadar cukai 30 peratus, iaitu kenaikan dua peratus. Golongan berpendapatan kurang daripada RM2 juta setahun tidak akan terjejas.

Dalam Laporan Ekonomi, kerajaan juga berkata ia menyasarkan untuk merasionalkan insentif cukai. Insentif cukai adalah pemotongan atau diskaun daripada cukai untuk mempengaruhi pola pelaburan, misalnya.

Dengan merasionalkan insentif cukai, kerajaan akan memberikan diskaun yang lebih rendah, bermakna lebih banyak cukai dikutip.

Unjuran pendapatan cukai tak langsung meningkat. Apa maksudnya?

Cukai tidak langsung meliputi banyak bentuk cukai. Selain cukai minuman bergula dan levi ke luar negara yang telah dilaksanakan, kerajaan telah mengumumkan bahawa untuk melaksanakan cukai digital pada 2020.

Jawatankuasa Pembaharuan Cukai juga meneliti cukai berkaitan alam sekitar. Semua ini menyumbang kepada peningkatan hasil cukai tidak langsung.

Ke mana wang itu diagihkan?

Kebanyakan hasil pendapatan kerajaan diguna untuk membayar perkhidmatan awam, kebanyakannya guru, doktor dan jururawat. Untuk 2020, kira-kira satu perempat daripada belanjawan atau sebanyak RM82 bilion digunakan bagi tujuan itu.

Jika digabungkan dengan caj persaraan seperti bayaran wang pencen - yang mewakili sembilan peratus daripada belanjawan - sejumlah RM109 bilion diperuntukkan untuk membayar penjawat awam dan bekas penjawat awam pada 2020. Jumlah ini merupakan 36 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan - seperti perbelanjaan projek infrastruktur - hanya mewakili 18 peratus daripada belanjawan.

Perbelanjaan utama lain adalah bekalan, subsidi, kebajikan dan pembayaran hutang.

Carta ini menunjukkan bagaimana emolumen secara konsisten mengambil sebahagian besar daripada belanjawan, manakala peningkatan belanjawan digunakan untuk membayar hutang dan caj persaraan.

Carta di bawah menunjukkan pengagihan hasil pendapatan 2020 yang direncana kerajaan mengikut sektor.

Bagaimana keadaan hutang negara?

Carta ini menunjukkan peningkatan peruntukan belanjawan yang dibelanjakan untuk membayar hutang. Selain daripada meneruskan pembayaran hutang seperti biasa, kerajaan mengatakan bahawa ia memerlukan dana untuk menyusun semula Tabung Haji dan Felda yang menghadapi masalah kewangan. Kerajaan juga berkata mereka perlu membayar hutang dari skandal 1MDB.

Hutang negara akan terus meningkat selagi kita beroperasi pada belanjawan defisit - iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan. Sekiranya pola ini berterusan, semakin kurang peruntukan untuk perkara lain, seperti emolumen, institusi pendidikan dan pembangunan.

Bolehkah kita menurunkan defisit?

Walaupun berdepan cabaran dalam hasil pendapatan, kerajaan berkata mereka komited untuk memenuhi janji pembangunan dan akan mengambil "langkah-langkah pencegahan untuk menyediakan sokongan segera dan mengekalkan pertumbuhan" dalam ekonomi global yang sukar.

Ini bermakna mengorbankan matlamat yang ditetapkan untuk mengurangkan defisit. Daripada sasaran asal 3.0 peratus, kerajaan mensasarkan penurunan defisit kepada 3.2 peratus pada 2020, turun dari 3.4 peratus pada 2019.

Golongan penerima BSH diperluaskan

Skim BSH yang diteruskan bagi tahun kedua tidak banyak menyaksikan perubahan dari jumlah yang diagihkan kepada penerima. Bagi 2020, kerajaan meluaskan lagi skim berkenaan untuk memanfaatkan lebih ramai penerima.

*Berdasarkan pendapatan isu rumah. Tambahan insentif BSH sehingga empat orang anak di bawah umur 18 tahun. Tiada tahap umur untuk kanak-kanak kurang upaya.

Hampir separuh belanjawan diberi kepada 3 kementerian

Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan paling tinggi (RM64.1 bilion), diikuti Kementerian Kewangan RM37.8 bilion, dan seterusnya Kementerian Kesihatan (RM30.6 billion). Peruntukan untuk ketiga-tiga kementerian ini mewakili 44.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Jadual di bawah menunjukkan 10 penerima peruntukan paling tinggi. Meskipun peruntukan Kementerian Kewangan dikurangkan hampir separuh berbanding 2019, ia masih merupakan kementerian kedua terbanyak menerima peruntukan.

Bonus / bantuan khas untuk penjawat awam

Setiap tahun, bantuan untuk penjawat awam diumumkan dua kali, iaitu ketika pembentangan belanjawan dan sebelum Hari Raya. Bantuan itu biasanya dalam bentuk bonus gaji atau bayaran pada jumlah yang ditetapkan yang diistilahkan sebagai 'bayaran khas'.

* Gred Maksimum 56

Kredit

Diterbitkan pada 11 Okt 2019 oleh Kini News Lab

Ketua Projek Lee Long Hui. Rekaan Produk oleh Sean Ho. Kaji Selidik oleh Nigel Aw, Koh Aun Qi, Aidila Razak & Lee Long Hui. Grafik oleh Syariman Badrulzaman. Terjemahan oleh Wahyudi Mohd Yunus, Arishah Ainol Shahrir, Thiaga Raj Servai & Ng Xiang Yi. Promosi oleh Ewe Linq Yenn

Sumber: Laporan Ekonomi 2010-2020, Anggaran Perbelanjaan Hasil Pendapatan 2010-2020, Laporan Tahunan Bank Negara 1997-2018

Surat Berita
(Dalam bahasa Inggeris)

Sokong kami

Sumbang untuk bantu dana projek Kini News Lab seperti ini melalui Boost App.

Boost App