Peguam Eric Paulsen menjelaskan kepentingan diwakili peguam dan pilihan yang ada ketika ditahan.
Jika anda ditahan polis, atas apa sebab sekalipun, langkah terbaik adalah mendapatkan peguam tanpa mengira anda bersalah atau tidak.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen berkata ia adalah langkah penting bagi menjamin hak anda dilindungi.
"Polis bukanlah musuh tetapi pada masa sama mereka bukan kawan anda...Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah dengan mempunyai peguam," katanya kepada Malaysiakini.
Berikut adalah nasihat Paulsen (gambar) ketika berurusan dengan polis dalam pelbagai situasi.
Jika polis gagal melengkapkan siasatan dalam masa 24 jam, pegawai penyiasat (IO) boleh memohon tahanan anda dilanjutkan melalui reman.
Permohonan dibuat kepada majistret. IO boleh meminta tiga hingga empat hari reman dan jika anda tiada peguam, anda tidak boleh memberi maklum balas.
Dalam kenyataan saksi anda, undang-undang memberikan anda hak untuk tidak berkata apa-apa. Anda malah tidak perlu mengaku jika bersalah. Anda boleh beritahu polis yang anda mahu membela diri di mahkamah.
Jika anda memberi kerjasama, ia akan membantu siasatan polis. Misalnya jika anda ditahan bersama-sama dadah dalam kereta anda dan anda sebenarnya tidak bersalah, anda boleh berkata ia milik orang lain.
Polis mungkin menerima penjelasan itu dan mencari individu tersebut. Jika anda tidak berkerjasama, polis akan mengatakan anda sahaja suspek mereka.
Kaedah seksaan atau pemaksaan untuk memaksa anda membuat pengakuan tidak dibenarkan walaupun ada beberapa kes sedemikian.
Biasanya polis akan memperkenalkan diri mereka.
Biasanya polis akan memperkenalkan diri mereka.
Anda tidak disarankan untuk melawan, ia hanya membawa kepada banyak masalah lain.
Jika anda memang tidak tahu identiti mereka, secara teknikalnya anda tidak melakukan kesalahan. Namun sebaik saja tahanan selesai polis sepatutnya akan memberitahu identiti mereka.
Ini adalah situasi sukar kerana anda cuba membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.
Saksi boleh membuat laporan polis kemudiannya berhubung apa yang dilihatnya.
Artikel ini sebahagian daripada laporan khas Malaysiakini berkaitan kematian dalam tahanan polis. Untuk membaca artikel penuh, klik sini.