Kematian dalam tahanan: Di sebalik statistik
lagi →
Apa yang anda perlu lakukan jika ditahan polis
lagi →
Main sekarang →

Kematian dalam tahanan: Di sebalik statistik

Hanya satu per empat kes yang diketahui umum dan kebanyakan yang tidak dilaporkan melibatkan tahanan Melayu.

S Balamurugan, P Karuna Nithi, N Dharmendran - berikut adalah beberapa nama yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam tahanan polis sebelum sempat dibicarakan di mahkamah.

Analisis Malaysiakini berdasarkan data yang dikumpul Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menunjukkan majoriti kes kematian dalam tahanan yang dilaporkan media dan kepada NGO hak asasi manusia itu adalah daripada kaum India.

Analisis sama bagaimanapun mendapati banyak kes kematian dalam tahanan yang tidak dilaporkan dalam media, terutama yang melibatkan kaum Melayu.

Overall, there were 257 deaths in police custody between 2002 and 2016, according to official statistics provided by the Home Ministry in a parliamentary reply on March 28, 2017.

Secara keseluruhan, terdapat 257 kes antara 2002 hingga 2016, menurut statistik rasmi yang diberikan Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan parlimen bertarikh 28 Mac 2017.

Namun menurut Suaram, mereka hanya menerima 62 laporan berkaitan kes itu yang kesemuanya dilaporkan media.

Ini bermakna orang awam hanya mengetahui satu per empat kes kematian dalam tahanan polis. Bakinya berlalu begitu sahaja.

Sebab kurangnya laporan


Ada banyak faktor kurangnya laporan tentang kes ini.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Suhakam dan Suaram biasanya menerima laporan apabila keluarga tahanan pergi ke media atau kepada mereka sendiri.

Salah satu sebab kurangnya laporan adalah mangsa tiada keluarga yang boleh dihubungi. "Ada di kalangan mereka yang sebatang kara...jika tiada siapa yang boleh menjadi suara, siapa yang akan memeriksa (kematian mangsa)?" katanya.

Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk terus menyiasat kematian dalam tahanan dan pihak mana yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan.

"Ada yang tidak tahu kewujudan Suhakam, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Suaram dan NGO lain," katanya lagi.

Artikel ini sebahagian daripada laporan khas Malaysiakini berkaitan kematian dalam tahanan polis. Untuk membaca artikel penuh, klik sini.

  • Kematian berusia 44 tahun S Balamurugan pada Feb 7, 2017

    Baca cerita

  • Kematian berusia 25 tahun Azlan Syed Mohamed Nur pada Nov 3, 2014

    Baca cerita

  • Apa yang anda perlu lakukan jika ditahan polis

    Lagi

  • Pengalaman interaktif

    Main sekarang

  • Apa yang anda perlu lakukan jika ditahan polis

    Lagi

  • Pengalaman interaktif

    Main sekarang