Tahukah anda bagaimana zakat dikutip dan ke manakah ia diagihkan?


    Memahami Zakat & Kewajipannya

    INFOGRAFIK

    Zakat Yang Wajib
    Saya Tunaikan

    KUIZ

    Survey Lembaga
    Zakat Selangor

    SURVEY

    Definisi Am

    Zakat adalah salah satu daripada 5 rukun Islam. Dari segi syarak, zakat bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu (asnaf yang berhak menerima zakat). Ia merupakan satu amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki.

    Zakat dari segi bahasa bererti Bersih, Suci, Subur, Berkat dan Berkembang.

    Fungsi dan Tujuan Zakat

    Jenis-jenis Zakat

    Secara keseluruhannya, zakat boleh diklasifikasikan kepada dua ketegori, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

    • Secara ringkasnya, Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Bagaimanapun, golongan yang berkemampuan amat digalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan bagi diri dan tanggungannya seperti yang dijelaskan di sini.

      Kadar Fitrah

      1x gantang Baghdad

      =

      2.6

      Kilogram(kg) Beras

      Bayaran zakat fitrah adalah berdasarkan harga beras yang dimakan seperti yang dijelaskan di sini. Sebagai perbandingan, Zakat Fitrah merupakan kewajipan ke atas individu manakala Zakat Harta tertakluk kepada kewajipan ke atas harta – beginilah perbezaan ketara antara kedua-dua zakat tersebut.

    • Zakat Harta adalah sumbangan berdasarkan pegangan aset dengan kadar zakat 2.5% daripada jumlah yang diwajibkan dalam beberapa bentuk seperti berikut:

      • Zakat Pendapatan

        Zakat yang diwajibkan ke atas harta pendapatan yang diperoleh daripada kerja atau usaha dan hasil pemberian (harta yang diperolehi daripada jalan bukan pekerjaan) seperti gaji, upah, subsidi, elaun, honorarium, pendapatan, hibah, sedekah, harta pusaka, mahar perkahwinan dan lain-lain lagi.

        Menurut syarak, al-Mal al-Mustafad adalah pelbagai jenis harta yang menjadi pendapatan atau perolehan seperti perolehan daripada modal usaha bukan perniagaan, pendapatan kerja bebas atau profesional, pendapatan pekerjaan (makan gaji) atau seumpamanya.

      • Zakat Perniagaan

        Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

        Ia sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

      • Zakat Wang Simpanan

        Zakat Wang Simpanan dikenakan ke atas jumlah wang simpanan yang disimpan di institusi kewangan. Ia dikenakan ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan dalam satu akaun mahupun beberapa akaun berdasarkan kepada syarat-syarat wajib zakat.

      • Zakat Pelaburan & Saham

        Zakat Pelaburan & Saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti di dalam syarikat awam berhad, syarikat sendirian berhad dan koperasi yang diperolehi melalui pasaran modal seperti saham, unit amanah (melalui pengurus dana swasta atau kerajaan), Dana Dagangan Bursa (ETFs), Saham Amanah Hartanah (REITs), dana indeks, bon, sukuk, derivatif dan produk berstruktur

      • Zakat KWSP

        Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

      • Zakat Emas & Perak

        Zakat Emas wajib ditunaikan bagi:

        • Emas perhiasan iaitu emas digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Ia wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf (adat kebiasaan). Pada masa ini, kadar uruf emas yang ditetapkan di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
        • Emas bukan perhiasan sama ada dalam bentuk mata wang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada, sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram.
        • Emas yang bercagar iaitu emas yang digadai. Ia wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan. Manakala bagi pelaburan emas tanpa pegangan fizikal adalah tidak patuh syariah. Ia menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal. Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan. Bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

        Bagi logam perak, sama ada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.

      • Zakat Takaful

        Zakat Takaful merangkumi produk takaful berbentuk simpanan atau pelaburan yang mempunyai unsur zakawi di mana ianya telah memenuhi syarat-syarat kewajiban zakat. Ia boleh dikenakan ke atas sama ada nilai simpanan/ pelaburan yang boleh dikeluarkan (nilai tunai), pulangan tunai selepas polisi matang, pampasan takaful (selepas ditolak hutang) atau pulangan tunai daripada dana/ tabung ‘tabarru’ – sumbangan derma ikhlas saling membantu bagi menangani musibah (jika ada).

    Saluran Pembayaran Zakat

    Pembayaran zakat boleh disempurnakan melalui beberapa cara seperti yang tertera di sini.

    eZakat Pay

    Perbankan Internet

    Cawangan Lembaga Zakat Selangor

    Pejabat Pos

    Kaunter Bank

    Kad Kredit

    Skim Berkat (Potongan Gaji)

    SMS

    Perbankan Telefon

    Mesin ATM

    Ejen Zakat Lembaga Zakat Selangor

    Kaedah Pembayaran

    Kutipan dan Agihan Zakat

    Tahukah anda bagaimana zakat dikutip dan ke manakah ia diagihkan? Bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, Lembaga Zakat Selangor telah membuat kutipan sebanyak RM855.1 juta dengan agihan sebanyak RM868.3 juta* kepada lapan golongan asnaf yang layak. Perbandingan kutipan dan agihan tahunan antara tahun 2018 dan 2019 adalah seperti berikut:

    Kutipan

    RM793.7 juta

    RM855.1 juta

    Tahun 2018

    Tahun 2019

    Agihan

    RM829.9 juta

    RM868.3 juta

    Tahun 2018

    Tahun 2019

    Jumlah Kutipan Zakat* Mengikut Jenis Bagi Tahun 2019

    Zakat Pendapatan

    RM513 juta

    Zakat Perniagaan

    RM160 juta

    Zakat Simpanan

    RM62 juta

    Zakat Harta

    RM56 juta

    Zakat KSWP

    RM18 juta

    Zakat Saham

    RM15 juta

    Zakat Emas

    RM3.2 juta

    Zakat Tanaman

    RM1.6 juta

    Zakat Perak

    RM0.07 juta

    Zakat Ternakan

    RM0.03 juta

    Zakat Fitrah

    RM26.6 juta

    Jumlah Kutipan

    Tahun 2019

    RM855,137,860

    Taksiran zakat boleh dikira menerusi kalkulator Lembaga Zakat Selangor di sini. Sila pastikan anda telah memilih jenis zakat yang bersesuaian dengan anda di ruangan kanan terlebih dahulu.

    Bagi mereka yang telah berdaftar untuk kemudahan EZakatPAY dan EZakatONLINE yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor, semakan boleh dilakukan di sini.

    Jumlah Agihan Zakat Mengikut Asnaf Bagi Tahun 2019

    Jumlah: RM868,263,524

    Maklumat lanjut berkenaan pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor diterbitkan di sini.

    Jenis-jenis bantuan tersenarai di sini.


    Jumlah Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf Bagi Tahun 2019

    Jumlah Keluarga (Fakir & Miskin): 55,089

    Jumlah Individu (Muallaf): 6,678

    Agihan Zakat Mengikut Program Bagi Tahun 2019

    Keutamaan Agihan Zakat Pada Tahun 2019

    Bantuan Kewangan & Makanan Bulanan

    RM186.1 juta

    Bantuan Bina, Baik Pulih & Sewa Rumah

    RM93.5 juta

    Bantuan Keperluan Pendidikan & Yuran

    RM76.1 juta

    Bantuan Perubatan

    RM49.4 juta

    Bantuan Umum / Biasiswa Pelajaran, Dermasiswa Mualaf, Pendidikan OKU

    RM61.2 juta

    Pengurusan Rumah Perlindungan Asnaf

    RM17.3 juta

    Elaun Guru (Kafa) & Penceramah

    RM28.8 juta

    Bantuan Peralatan Dan Baik Pulih
    Institusi Agama

    RM12.5 juta

    Dermasiswa Hufaz Quran

    RM9.3 juta

    Bantuan Hutang Rawatan Dialisis

    RM30.2 juta

    Jenis-jenis Bantuan

    Terdapat pelbagai jenis bantuan zakat yang disediakan untuk golongan asnaf berdasarkan kepada keperluan merangkumi aspek sara hidup, perumahan, pendidikan, perniagaan, perubatan, keberdikarian, pembangunan diri asnaf, pembangunan ummah dan lain-lain –
    sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan.

    Bantuan Kewangan & Makanan Bulanan

    Bantuan Hari Raya

    Bantuan Modal Perniagaan

    Bantuan Perubatan

    Bantuan Pembinaan / Baik Pulih / Sewa Rumah

    Bantuan Keperluan Pendidikan

    Biasiswa Pelajaran

    Sagu hati Galakan Saudara Baru

    Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas

    Bantuan Perkahwinan Mualaf

    Bantuan Rawatan Dialisis

    Bantuan Kecemasan, Banjir, Ribut, Kebakaran

    Kursus / Latihan

    Lembaga Zakat Selangor mengalu-alukan permohonan agihan zakat bagi 8 golongan asnaf yang tersenarai di sini. Butiran lanjut tentang permohonan zakat terpapar di sini. Proses permohonan dan kriteria penerimaan zakat tertera di sini.

    Soalan-soalan lazim tentang kriteria agihan zakat, jenis zakat, dan sebagainya dijawab di sini.

    Perbezaan Zakat dan Sedekah

    Zakat dan sedekah adalah dua elemen ibadah yang berbeza dari segi hukum dan agihannya. Zakat merupakan hukum wajib manakala sedekah adalah hukum sunat. Walaubagaimanapun, kedua-dua amal ibadah ini memang digalakkan untuk menggandakan pahala. Pada umumnya, perbezaan zakat dan sedekah adalah seperti yang tertera di bawah.

    Zakat

    Ibadah wajib bagi umat Islam yang cukup syarat.


    Mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika tidak dilaksanakan.


    Ditunaikan apabila cukup haul dan nisab kepada 8 golongan asnaf (penerima zakat yang layak) sahaja.


    Pengagihan menerusi pihak berkuasa.


    Pengagihan melalui proses penelitian kifayah yang bersandarkan hukum Islam dan disahkan oleh pihak berkuasa.


    Pengagihan yang menepati Syarak (hukum Islam).


    Tertakluk kepada kadar tertentu dan jangka masa tertentu iaitu setahun sekali.

    Sedekah

    Ibadah sunat yang turut digalakkan di kalangan umat Islam.


    Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakan.


    Sedekah kepada sesiapa dan pada bila-bila masa sahaja.


    Pengagihan biasanya secara terus.


    Pemberian tanpa siasatan atau selidik dari segi had kifayah (garis kemiskinan seseorang).


    Pengagihan yang masih tidak menepati Syarak (hukum Islam).


    Secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi waktu dan jumlah tertentu.

    Skuad Saidina Umar LZS pantas bantu golongan asnaf yang memerlukan

    “Sedikit Bagi Anda,
    Segalanya Buat Mereka”

    Dengan mengambil inspirasi semangat dan ketokohan Saidina Umar Al-Khattab, Lembaga Zakat Selangor mencetuskan Skuad Saidina Umar sebagai penggerak pantas bertindak memberi bantuan awal kepada kes tular dan aduan kritikal.

    Menyantuni seberapa ramai bantuan di luar sana, namun SSU mahu orang ramai menjadi mata dan telinga bagi menyampaikan maklumat.

    Dengarkan cerita bantuan LZS kepada keluarga asnaf dalam memberi suntikan kehidupan seharian.

    Talian Zakat Selangor

    1-300-88-4343

    Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 mengalu-alukan pertanyaan lanjut anda.