Ibadah ketaatan kepada Allah dengan menunaikan tuntutan rukun Islam yang mencerminkan kayakinan terhadap agama.
Ibadah kesungguhan dan keadilan pembahagian harta yang berprinsipkan nilai murni kecukupan diri seagai asas keadilan dalam sistem ekonomi Islam melalui pengagihan yang menyeluruh di bawah pantauan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Instrumen pembangunan sosioekonomi seimbang umat Islam menerusi penyaluran kebajikan sosioekonomi dan penghasilan modal insan di bawah pengurusan zakat secara efisien dan sistematik dari segi kutipan dan agihan.
Sistem sokongan kemasyarakatan yang utuh menerusi pengagihan zakat yang mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.
Memenuhi keperluan asasi golongan asnaf demi meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan mereka dengan membantu mereka keluar daripada kesulitan dan kesukaran hidup yang sedang dihadapi.
Mewujudkan sifat prihatin dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya mereka mengambil peduli terhadap golongan yang memerlukan di mana zakat berperanan sebagai instrumen pemeliharaan sosial.
Secara keseluruhannya, zakat boleh diklasifikasikan kepada dua ketegori, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
Secara ringkasnya, Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Bagaimanapun, golongan yang berkemampuan amat digalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan bagi diri dan tanggungannya seperti yang dijelaskan di sini.
1x gantang Baghdad
Kilogram(kg) Beras
Bayaran zakat fitrah adalah berdasarkan harga beras yang dimakan seperti yang dijelaskan di sini. Sebagai perbandingan, Zakat Fitrah merupakan kewajipan ke atas individu manakala Zakat Harta tertakluk kepada kewajipan ke atas harta – beginilah perbezaan ketara antara kedua-dua zakat tersebut.
Zakat Harta adalah sumbangan berdasarkan pegangan aset dengan kadar zakat 2.5% daripada jumlah yang diwajibkan dalam beberapa bentuk seperti berikut:
Zakat yang diwajibkan ke atas harta pendapatan yang diperoleh daripada kerja atau usaha dan hasil pemberian (harta yang diperolehi daripada jalan bukan pekerjaan) seperti gaji, upah, subsidi, elaun, honorarium, pendapatan, hibah, sedekah, harta pusaka, mahar perkahwinan dan lain-lain lagi.
Menurut syarak, al-Mal al-Mustafad adalah pelbagai jenis harta yang menjadi pendapatan atau perolehan seperti perolehan daripada modal usaha bukan perniagaan, pendapatan kerja bebas atau profesional, pendapatan pekerjaan (makan gaji) atau seumpamanya.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Ia sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.
Zakat Wang Simpanan dikenakan ke atas jumlah wang simpanan yang disimpan di institusi kewangan. Ia dikenakan ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan dalam satu akaun mahupun beberapa akaun berdasarkan kepada syarat-syarat wajib zakat.
Zakat Pelaburan & Saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti di dalam syarikat awam berhad, syarikat sendirian berhad dan koperasi yang diperolehi melalui pasaran modal seperti saham, unit amanah (melalui pengurus dana swasta atau kerajaan), Dana Dagangan Bursa (ETFs), Saham Amanah Hartanah (REITs), dana indeks, bon, sukuk, derivatif dan produk berstruktur
Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.
Zakat Emas wajib ditunaikan bagi:
Bagi logam perak, sama ada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.
Zakat Takaful merangkumi produk takaful berbentuk simpanan atau pelaburan yang mempunyai unsur zakawi di mana ianya telah memenuhi syarat-syarat kewajiban zakat. Ia boleh dikenakan ke atas sama ada nilai simpanan/ pelaburan yang boleh dikeluarkan (nilai tunai), pulangan tunai selepas polisi matang, pampasan takaful (selepas ditolak hutang) atau pulangan tunai daripada dana/ tabung ‘tabarru’ – sumbangan derma ikhlas saling membantu bagi menangani musibah (jika ada).
Pembayaran zakat boleh disempurnakan melalui beberapa cara seperti yang tertera di sini.
eZakat Pay
Perbankan Internet
Cawangan Lembaga Zakat Selangor
Pejabat Pos
Kaunter Bank
Kad Kredit
Skim Berkat (Potongan Gaji)
SMS
Perbankan Telefon
Mesin ATM
Ejen Zakat Lembaga Zakat Selangor
Kaedah Pembayaran
Tahukah anda bagaimana zakat dikutip dan ke manakah ia diagihkan? Bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, Lembaga Zakat Selangor telah membuat kutipan sebanyak RM855.1 juta dengan agihan sebanyak RM868.3 juta* kepada lapan golongan asnaf yang layak. Perbandingan kutipan dan agihan tahunan antara tahun 2018 dan 2019 adalah seperti berikut:
Zakat Pendapatan
RM513 juta
Zakat Perniagaan
RM160 juta
Zakat Simpanan
RM62 juta
Zakat Harta
RM56 juta
Zakat KSWP
RM18 juta
Zakat Saham
RM15 juta
Zakat Emas
RM3.2 juta
Zakat Tanaman
RM1.6 juta
Zakat Perak
RM0.07 juta
Zakat Ternakan
RM0.03 juta
Zakat Fitrah
RM26.6 juta
Tahun 2019
Taksiran zakat boleh dikira menerusi kalkulator Lembaga Zakat Selangor di sini. Sila pastikan anda telah memilih jenis zakat yang bersesuaian dengan anda di ruangan kanan terlebih dahulu.
Bagi mereka yang telah berdaftar untuk kemudahan EZakatPAY dan EZakatONLINE yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor, semakan boleh dilakukan di sini.
Maklumat lanjut berkenaan pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor diterbitkan di sini.
Jenis-jenis bantuan tersenarai di sini.
Terdapat pelbagai jenis bantuan zakat yang disediakan untuk golongan asnaf berdasarkan kepada keperluan merangkumi aspek sara hidup, perumahan, pendidikan, perniagaan, perubatan, keberdikarian, pembangunan diri asnaf, pembangunan ummah dan lain-lain –
sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan.
Lembaga Zakat Selangor mengalu-alukan permohonan agihan zakat bagi 8 golongan asnaf yang tersenarai di sini. Butiran lanjut tentang permohonan zakat terpapar di sini. Proses permohonan dan kriteria penerimaan zakat tertera di sini.
Soalan-soalan lazim tentang kriteria agihan zakat, jenis zakat, dan sebagainya dijawab di sini.
Zakat dan sedekah adalah dua elemen ibadah yang berbeza dari segi hukum dan agihannya. Zakat merupakan hukum wajib manakala sedekah adalah hukum sunat. Walaubagaimanapun, kedua-dua amal ibadah ini memang digalakkan untuk menggandakan pahala. Pada umumnya, perbezaan zakat dan sedekah adalah seperti yang tertera di bawah.
“Sedikit Bagi Anda,
Segalanya Buat Mereka”
Dengan mengambil inspirasi semangat dan ketokohan Saidina Umar Al-Khattab, Lembaga Zakat Selangor mencetuskan Skuad Saidina Umar sebagai penggerak pantas bertindak memberi bantuan awal kepada kes tular dan aduan kritikal.
Menyantuni seberapa ramai bantuan di luar sana, namun SSU mahu orang ramai menjadi mata dan telinga bagi menyampaikan maklumat.
Dengarkan cerita bantuan LZS kepada keluarga asnaf dalam memberi suntikan kehidupan seharian.
1-300-88-4343
Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 mengalu-alukan pertanyaan lanjut anda.