Malaysiakini
Malaysiakini
Mula main
Dah main game kami?

Kenapa setiap undi tak sama di Malaysia?

"Satu orang, satu undi" adalah prinsip untuk memastikan kesaksamaan politik dalam masyarakat demokrasi. Dalam istilah biasa, ia bermakna setiap warganegara mempunyai kuasa yang sama ketika mengundi.

Bagi ramai orang, hal ini kedengaran munasabah, tapi pelaksanaan prinsip ini telah banyak dimanipulasi dalam sistem politik, termasuk di Malaysia.

Kita tahu setiap pengundi Malaysia boleh mengundi sekali untuk pilih seorang ahli parlimen (MP) bagi mewakili mereka di parlimen. Tapi tak semuanya setanding di bawah sistem pemilih sedia ada.

Sebagai contoh, di kawasan kurang padat macam Putrajaya, 17,925 pengundi memilih seorang MP, tapi di kawasan yang padat macam Subang, 130,211 pengundi ada di situ iaitu tujuh kali ganda daripada Putrajaya, mereka juga memilih seorang MP.

Putrajaya MP
17,925 pengundi
Subang MP
130,211 pengundi

Dalam kata lain, satu undi di Putrajaya setanding dengan tujuh undi di Subang. Pengundi di Subang 'kurang diwakili', sementara pengundi di Putrajaya 'terlebih diwakili'. Amalan ini dinamakan malapportionment, satu pelanggaran prinsip 'Satu orang satu undi'

One vote
=
One vote One vote One vote One vote One vote One vote One vote

Jom tengok macam mana malapportionment memberi kesan kepada keputusan Pilihan Raya Umum 2013

Teruskan menatal ke bawah

Ada 222 kerusi parlimen di Malaysia. Setiap kerusi diwakili oleh garisan datar di sini.
Panjang garisan mewakili jumlah pengundi di kerusi itu
Bilangan pengundi setiap kerusi adalah dari 17,925 (Putrajaya) hingga 146,625 (Kapar di Selangor). Purata bilangan pengundi setiap kerusi ialah 61,103.
BN menang kebanyakan kerusi dengan bilangan pengundi yang rendah. Purata bilangan pengundi di kerusi BN ialah
48,273.
Selebihnya dimenangi pembangkang. Purata bilangan pengundi di kerusi pembangkang ialah 79,921.
Kalau kita tengok hanya kerusi luar bandar, beza antara bilangan pengundi di kerusi dimenangi pembangkang dan BN masih besar.
Ia lebih besar di antara kerusi di kawasan bandar.
Inilah sebab mengapa BN mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan menang 60% kerusi dengan 47% undi, sementara gabungan pembangkang menang 40% kerusi dengan jumlah 51% undi.
Gerakkan tetikus atau tekan bar untuk lihat butiran setiap kerusi.

Sila refresh until melihat carta animasi.

Menurut senarai pemilih suku pertama tahun 2016, jumlah pengundi di kerusi parlimen terbesar, Kapar di Selangor (146,625), lebih lapan kali jumlah pengundi di Putrajaya (17,925), kerusi parlimen terkecil.

Dalam kes yang lebih ekstrem, sebuah parti boleh mendapat kuasa di peringkat pusat dengan hanya menang 17% daripada jumlah undi. Kenapa?

Daripada 222 kerusi parlimen, ia memenangi 112 kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang lebih kecil untuk membentuk kerajaan persekutuan. Di samping itu, ia hanya memenangi setiap kerusi dengan majoriti satu undi. Ia kehilangan semua undi di 110 kerusi yang lebih besar. Jumlah undian yang dijamin dalam keadaan sedemikian hanya 17% daripada jumlah undi.

Anda mungkin tertanya-tanya kalau ada undang-undang yang melarang pelanggaran kesaksamaan politik. Mestilah ada, tetapi ia dah dikeluarkan oleh Parlimen.

Dalam perlembagaan 1957, bilangan pengundi di kerusi terkecil dan paling besar tidak dibenarkan melebihi 15 peratus daripada purata nasional. Ini bermakna jika purata bilangan pengundi nasional di kerusi parlimen adalah 10,000, kerusi parlimen terbesar akan mempunyai maksimum 11,500 pengundi; manakala kerusi parlimen terkecil akan mempunyai minimum 8,500 pengundi.

Angka ini dinaikkan kepada 33.33% dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962. Ia kemudiannya dikeluarkan sepenuhnya pada tahun 1973 melalui satu lagi pindaan perlembagaan, memberikan kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan persempadan kawasan pilihan raya.

Apa yang boleh kita buat?

Anda boleh memilih untuk berpindah ke kawasan pemilih yang lebih kecil seperti Putrajaya dan mengundi di sana untuk memaksimumkan kuasa pengundian anda, atau anda boleh menyokong inisiatif untuk memperbaharui sistem pilihan raya seperti gerakan BERSIH.

Paling penting, daftar sebagai pengundi dan mengundi - jika tidak, anda tidak akan mendapat kuasa mengundi sama sekali.


Nota: Bilangan undi di setiap kerusi parlimen adalah berdasarkan daftar pemilih untuk suku pertama 2016 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Klasifikasi kerusi parlimen bandar, separa desa dan luar bandar adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh firma penyelidikan Politweet.org, kerana Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengklasifikasikan setiap kerusi. Baca lebih lanjut mengenai metodologi di sini.

Kongsikan ini

Maklumat kerusi parlimen

Kod Kerusi Pengundi Parti MP Negeri Kategori
Mula main