Malaysiakini menyenaraikan 17 calon untuk undian ini. Secara keseluruhannya, 2,167 pembaca Malaysiakini mengambil bahagian dalam undian yang berlangsung selama tujuh hari ini. Mereka mengundi setiap calon berdasarkan skala markah 0 sebagai markah terendah dan 10 sebagai markah tertinggi.
Pencetus berita ialah seseorang yang tindakannya sentiasa mendapat perhatian dan menjadi bahan berita, selain sering menjadi topik perdebatan umum. Mereka ialah orang yang memberi kesan kepada arena politik Malaysia - sama ada ke arah yang lebih baik mahupun buruk.
17
Menteri termuda dan bekas pendebat terbaik Asia.
Skor 8933 mata
16
Orang kuat Umno dulu dan sekarang.
Skor 9,954 mata
15
Mahasiswa yang melakukan kekecohan di majlis konvokesyen Universiti Malaya.
Skor 10,303 mata
14
Penceramah kontroversi dari India yang kini menerima perlindungan dari kerajaan Malaysia.
Skor 10,832 mata
13
Presiden Umno yang kini sedang mengungguli carta pertuduhan jenayah paling tinggi di mahkamah.
Skor 11,086 mata
12
Bekas naib presiden Umno yang kini didakwa sebagai dalang dalam menubuhkan kerajaan pintu belakang.
Skor 11,102 mata
11
Kartunis warganergara Malaysia yang bertanggungjawab mempromosikan idealogi kerajaan China melalui komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’. Komik tersebut turut diedarkan ke beberapa buah sekolah dalam negara.
Skor 11,177 mata
Dan sekarang,
inilah 10 calon
terhangat 2019...
10
Hakim Mahkamah Rayuan dan penyokong utama penubuhan RCI untuk menyiasat salah laku kehakiman negara ini.
Skor 11,812 mata
9
Menteri Pendidikan yang sering menerima kritikan walaupun menjalankan tugasnya seperti yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat.
Skor 12,205 mata
8
Ketua Pesuruhjaya SPRM wanita yang pertama dalam sejarah.
Skor 12,754 mata
7
Pelarian 1MDB yang kini tidak diketahui keberadaannya oleh rakyat Malaysia.
Skor 13,800 mata
6
Timbalan presiden PKR merangkap seteru utama Anwar Ibrahim.
Skor 13,829 mata
5
Hero sebenar dari Jabatan Audit Negara susulan tindakannya menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB yang diarah dimusnahkan.
Skor 14,283 mata
4
Bekas perdana menteri yang kini berulang alik mahkamah untuk hampir setiap minggu.
Skor 14,531 mata
3
Bekas perdana menteri ke-4 dan kini KEMBALI untuk meneruskan penguasaannya sebagai perdana menteri ke-7 selepas berehat panjang sebelum ini.
Skor 14,536 mata
2
Presiden PKR dan masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri menunggu selepas bertahun lamanya.
Skor 15,173 mata
1
Pemenang ialah...
Banduan akhir yang mendakwa bertindak mengikut arahan daripada Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya.
Skor 15,318 mata