Berikut merupakan berita paling hangat sepanjang 2018.
Seramai 3,445 pembaca Malaysiakini mengambil bahagian dalam tinjauan tahun ini. Mereka mengundi dengan memberikan markah kepada 18 artikel yang dipilih oleh Malaysiakini- daripada 0 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi)
18
Akta ini diluluskan secara tergesa-gesa iaitu hanya beberapa minggu sebelum PRU ke-14. Selepas pertukaran kerajaan, Pakatan Harapan (PH) berdepan kesukaran memansuhkan akta itu kerana Dewan Negara dikuasai wakil BN.
13,833 markah
17
Setelah kerajaan PH tidak jadi meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), PAS dan Umno ‘meraikan’ keputusan itu dengan himpunan besar-besaran di Dataran Merdeka bersama kira-kira 80,000 peserta.
14,131 markah
16
Orang Asli di Gua Musang melakukan sekatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri Kelantan supaya menghalang pembalak daripada menceroboh tanah mereka.
14,176 markah
15
Pulau Kukup dibatalkan pewartaan sebagai taman negara untuk diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan bagi memastikannya terjaga, dan pada masa sama turut diwartakan sebagai taman negara. Penukaran status itu bagaimanapun berdepan kritikan kerana Pulau Kukup sebelum ini sudah pun berstatus taman negara.
14,311 markah
14
Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan seorang guru tadika M Indira Gandhi yang mencabar penukaran agama ketiga-tiga anaknya kepada Islam yang dilakukan secara sebelah pihak oleh bekas suaminya Mohammad Riduan Abdullah.
14,615 markah
13
Bekas perdana menteri berusia 93 tahun itu memimpin PH dan berjaya mencatatkan kemenangan bersejarah untuk ‘menyelamatkan Malaysia’.
15,540 markah
12
Dengan kembalinya Dr Mahathir sebagai perdana menteri, hubungan Malaysia dengan Singapura menjadi keruh apabila kedua-dua negara saling mempertikaikan tentang sempadan air dan udara.
15,689 markah
11
Projek-projek mega oleh kerajaan terdahulu- seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas asli yang bernilai berbilion ringgit- dibatalkan sebagai langkah penjimatan kos oleh kerajaan baru.
17,326 markah
10
Kerajaan PH memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM20 bilion.
18,495 markah
9
Peguam Tommy Thomas dan Richard Malunjum masing-masing dilantik sebagai peguam negara dan ketua hakim negara. Kedua-duanya adalah daripada kaum bukan Melayu 0 sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini.
18,731 markah
8
Selepas menerima pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Port Dickson dan memenangi kerusi parlimen itu, kemudian memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding.
18,779 markah
7
Rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor menyebabkan ramai perusuh ditahan polis dan menyebabkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah sebelum meninggal dunia.
19,147 markah
6
Kabinet baru dibentuk daripada menteri yang kebanyakannya merupakan orang baru. Sebelumnya, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) ditubuhkan, serta 10 janji manifesto digariskan - iaitu janji yang mahu dilaksanakan PH dalam masa 100 hari setelah berkuasa.
19,267 markah
5
Indonesia menyerahkan kapal layar merah Equanimity kepada Malaysia sementara buku tentang skandal mega 1MDB dilancarkan oleh Clare Newcastle Brown dari Sarawak Report serta Tom Wright and Bradley Hope dari Wall Street Journal.
20,805 markah
4
Susulan kekalahan dalam PRU-14, BN mula berpecah, sementara parti utamanya, Umno berdepan pembelotan ahlinya yang melompat parti. Kepimpinan baru Umno kini kelihatan lebih selesa bekerjasama dengan PAS bagi meraih undi orang Melayu.
22,907 markah
3
Serbuan dilakukan ke kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kedua-duanya kemudiannya didakwa di mahkamah berhubung skandal 1MDB. Beberapa pemimpin Umno turut dihadapkan ke mahkamah.
23,663 markah
2
Antara isu paling awal yang harus ditangani oleh kerajaan PH ialah perkahwinan antara seorang lelaki warganegara Malaysia dengan seorang budak perempuan Thai berusia 11 tahun. Satu lagi isu syariah yang mengundang kontroversi ialah hukuman sebat terhadap dua wanita Islam yang didakwa terlibat dalam perhubungan lesbian di Terengganu.
23,784 markah
1
Dan pemenang ialah...
Pilihan raya bersejarah pada 9 Mei menyaksikan pertukaran rejim pemerintah buat pertama kali dalam sejarah apabila PH mengambil alih kerajaan pusat biarpun terpaksa berdepan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada BN.
25,917 markah