Laporan Khas Malaysiakini, 11 Feb 2019
Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah
Adun Bota, Nasarudin Hashim meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, menguatkan kedudukan PKR dengan 32 kerusi DUN manakala kerusi BN berkurangan kepada 27.
Dalam Ceramah Khas Mesra Rakyat di Bota Kanan, Anwar menyambut kemasukan Nasarudin Hashim ke PKR. Bagaimanapun, Jamaluddin dan Osman tidak hadir ke majlis itu, menguatkan spekulasi yang mereka akan melompat ke BN.
Semasa ‘kehilangan’ dua exco PKR itu, timbalan speaker DUN Perak, Hee Yit Fong dari DAP turut ‘hilang’ dan tak dapat dihubungi. Timbul cakap-cakap dia akan MCA.
Adun Jelapang itu ditemui oleh pihak media di rumahnya di Ipoh. Hee menafikan dia sengaja menghilangkan diri, sebaliknya mematikan telefon kerana sakit dan terlalu ramai yang bertanyakan tentang spekulasi dirinya.
Speaker DUN Perak, V Sivakumar, berkata dia menerima surat peletakan jawatan daripada Jamaluddin dan Osman. Sivakumar kemudian mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kosong, dan dua PRK akan diadakan tidak lama kemudian.
Pada hari sama, Jamaluddin dan Osman menafikan berita mereka meletak jawatan. Seorang lelaki yang mendakwa mewakili Osman membuat laporan polis bagi menafikan peletakan jawatan sebagai Adun Changkat Jering.
Tiga wakil Pakatan - Hee, Jamaluddin dan Osman - keluar parti masing-masing dan menjadi penyokong BN. Pada masa sama, Adun Bota Nasarudin Hashim melompat semula ke Umno
Sementara itu, Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri diadakan.
Pada tengah hari itu (hari yang sama), timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Perak, Najib Razak mengumumkan BN negeri mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru dan mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan yang menang melalui PRU 2008.
Najib mengadap Sultan Perak sebanyak dua kali dalam sehari bagi mendapat perkenan BN menubuhkan kerajaan baru di Perak
Sultan juga bertemu Hee, Jamaluddin dan Osman bertanyakan sama ada mereka menyokong BN
Sementara itu, Speaker DUN Perak menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan tiga kerusi - yang penyandangnya dianggap meletakkan jawatan - telah kosong.
Pada tengah hari itu Sultan Azlan Shah memberi perkenan untuk Nizar mengadap. Bagaimanapun baginda tidak memperkenankan pembubaran DUN sebaliknya menitahkan supaya Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya tidak berbuat demikian, jawatan mereka akan tetap dianggap dikosongkan.
4pm. Polis mengambil alih bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan meminta Nizar serta exco Pakatan mengosongkan pejabat masing-masing, selain memulangkan harta kerajaan negeri, seperti kereta rasmi.
Pada petangnya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengadap Sultan Perak. Dalam sidang media di Subang kemudiannya beliau mengumumkan Adun Pangkor Zambry Abd Kadir akan mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Perak yang baru.
Zambry mengangkat sumpah selaku MB Perak yang baru di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Semua Adun Pakatan tidak hadir dan lebih 3,000 orang mengadakan demonstrasi di hadapan istana berikutan pelantikan tersebut.
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan. Sembilan orang ditahan. Sepanjang demonstrasi yang berlangsung selama dua jam itu, sesetengah peserta berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa memasuki istana.
Sesetengah penunjuk perasaan memboo serta membaling batu kepada kenderaan yang melalui kawasan itu. BN menyifatkan demonstrasi penyokong Pakatan itu sebagai tindakan menderhaka kepada sultan. - Pakatan cabar lantikan Dr Zambry
Di Ipoh, Nizar mengetuai exco Pakatan Perak cuba memasuki bangunan SUK menaiki kenderaan rasmi bagi menunjukkan bahawa Pakatan masih lagi pentadbir yang sah. Mereka dihalang beberapa kali daripada memasuki bangunan. Sejam kemudian, polis mengiringi Nizar dan exco Pakatan keluar dari bangunan tersebut. Nizar mengalirkan air mata kerana diusir dari pejabatnya sendiri.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia. PRK Bukit Gantang dilihat sebagai satu referendum terhadap krisis di Perak. Pakatan menamakan Nizar sebagai calon, dan berjaya memenangi kerusi itu dengan 2,789 undi majoriti.
Zambry melantik enam exco baru yang mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Speaker DUN Perak V Sivakumar dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggantung Zambry daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar tetapi mengaku masih lagi MB yang sah.
Sivakumar mengumumkan sidang tergempar DUN pada 3 Mac bagi membahaskan dua usul iaitu mengesahkan Nizar sebagai MB yang sah, dan membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan. Beliau mengumumkan Zambry, enam exco BN baru, Hee, Jamaluddin dan Osman dilarang daripada menghadiri sidang tersebut.
Wakil rakyat Pakatan Perak mengadakan sidang tergempar di bawah pokok tidak jauh dari bangunan DUN Perak setelah dihalang polis daripada memasuki bangunan SUK. Mereka meluluskan tiga usul, iaitu menyokong Nizar selaku MB Perak, membubarkan DUN, dan menghalang Zambry serta enam exco BN daripada memasuki DUN.
Pakatan menamakan pokok tempat berlangsungnya sidang itu sebagai “Pokok Demokrasi” dan membuat satu plak bagi memperingati kejadian tersebut.
Beberapa warganet dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina sultan dan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan plak peringatan “Pokok Demokrasi”, dan seminggu kemudian, Pakatan Perak berjaya melelong serpihan plak tersebut pada harga RM42,900.
Dalam perhimpunan agung Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 2 April bagi memaklumkan niatnya meletak jawatan sebagai perdana menteri. Timbalannya, Najib Razak akan akan menggantikan tempatnya.
Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam Malaysia. Beliau kekal sebagai perdana menteri selama sembilan tahun sebelum ditumbangkan pada PRU 2018.
Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan Menteri Besar BN Perak Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang DUN Perak. Mahkamah memutuskan speaker, Sivakumar sebagai tidak sah kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Seorang aktivis, Wong Chin Huat ditahan di bawah Akta Hasutan kerana terlibat dalam gerakan baju hitam dan menggunakan 1BlackMalaysia untuk mengejek Najib atas insiden peralihan kuasa di Perak. Dianggarkan seramai 116 orang ditahan sepanjang krisis itu.
Berlaku kekecohan dalam sidang DUN Perak apabila sidang itu ada dua MB, malah dua speaker. BN dan Pakatan sama-sama berebut kerusi speaker.
Akhirnnya, speaker Pakatan Sivakumar diseret keluar dari dewan dan speaker baru dari BN mengambil alih kerusi tersebut. Pergaduhan itu menyebabkan kerusi speaker rosak dan terpaksa diganti baru.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah setelah digugurkan jawatan tersebut pada Februari.
Sebelas hari kemudian, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan mengumumkan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah. Nizar membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Ketika mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Bukit Gantang yang baru, Nizar bersama sekumpulan anggota parlimen Pakatan melaungkan “hidup rakyat, bubar DUN”. Lima minit kemudian, Nizar bersama enam lagi anggota parlimen diperintah meninggalkan Dewan Rakyat dan dilarang daripada menghadiri sidang parlimen selama dua hari.
DUN Perak sekali lagi berdepan drama dua MB dan dua speaker. Wakil rakyat Pakatan mendakwa polis mengasari mereka manakala Sivakumar mendakwa polis merampas songkok dan jubahnya. Akhirnya, BN meluluskan belanjawan tanpa kehadiran wakil rakyat Pakatan.
Nizar kalah rayuan terakhirnya bagi menuntut semula jawatan MB. Mahkamah Persekutuan memutuskan Zambry sebagai MB Perak yang sah.