Adun Bota yang melompat menyertai PKR pada 25 Jan. Kurang dari dua minggu kemudian dia kembali
kepada Umno dan membantu BN merampas kuasa di Perak
Bekas pengerusi Felcra
Mula dipilih sebagai anggota parlimen Bota pada 2004. Empat tahun kemudian dia bertanding di
kerusi DUN Bota
Dua bulan sebelum melompat ke PKR, dia kalah dalam perebutan jawatan ketua bahagian Parit
Selepas rampasan kuasa
Pada 2013 dia dicalonkan - dan mempertahankan - kerusi DUN Bota, sekali gus membantu BN terus
menubuhkan kerajaan negeri.
Nasarudin juga dilantik sebagai timbalan speaker DUN Perak.
Pada 2018 dia tidak dicalonkan namun tetap berkempen untuk membantu calon BN di kerusi parlimen
Parit.
Namanya dicalonkan BN untuk jawatan speaker DUN selepas PRU ke-14 berakhir namun undian tidak
memihak kepadanya dan
kalah kepada calon PH, Ngeh Koo Ham.
Mohd Osman Mohd Jailu, 67
10 tahun lalu
Adun Changkat Jering dan menjadi seorang daripada tiga YB Pakatan Rakyat (PR) yang melompat
parti.
Ogos 2008 dia dan Jamaluddin Mohd Radzi didakwa meminta rasuah dan ditahan SPRM
Jan 2009, Mohd Osman 'hilang' sebelum muncul semula seminggu kemudian bersama Jamaluddin dan Hee
Yit Foong bagi menghadiri sidang media timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak. Mohd
Osman mengumumkan dia keluar PKR dan menyokong BN dan membawa kepada kejatuhan kerajaan PR di
Perak
Selepas rampasan kuasa
Tidak lagi dicalonkan dalam pilihan raya
Tidak didakwa atas tuduhan rasuah
Tiga hari sebelum PRU ke-14 Mohd Osman mengadakan sidang media dengan mendakwa bekas MB Perak,
Nizar Jamaluddin, sebagai boneka DAP. Dia kemudian menggesa pengundi jangan menyokong PH bagi
mengelak berlaku krisis sekali lagi
Jamaluddin Mohd Radzi, 63
10 tahun lalu
Adun Behrang dari PKR dan seorang daripada tiga wakil rakyat yang berpaling tadah
Ogos 2008, dia dan Mohd Osman Mohd Jailu didakwa meminta rasuah dan ditahan SPRM
Jan 2009, Mohd Osman 'hilang' sebelum muncul semula seminggu kemudian bersama Jamaluddin dan Hee
Yit Foong bagi menghadiri sidang media timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak. Mohd
Osman mengumumkan dia keluar PKR dan menyokong BN dan membawa kepada kejatuhan kerajaan PR di
Perak
Selepas rampasan kuasa
Tidak lagi dicalonkan dalam pilihan raya
Tidak didakwa atas tuduhan rasuah
PH menawan Perak bersama beberapa negeri lain, serta Putrajaya dalam PRU ke-14. Seminggu
kemudian Jamaluddin memohon untuk menyertai Bersatu namun Pengerusi PH Perak yang juga menteri
besar, Ahmad Faizal Azumu, menolaknya
Hee Yit Foong, 56
10 tahun lalu
Adun Jelapang (DAP) dan seorang daripada tiga wakil rakyat PR yang berpaling tadah
Menyertai DAP sejak lebih 20 tahun. Dua kali menjadi ADUN Jelapang dan pernah dilantik sebagai
timbalan speaker DUN Perak
'Hilang' pada 1 Feb. Walaupun DAP mendakwa berjaya menghubunginya, Hee meninggalkan parti itu
tiga hari kemudian
Pada hari sama Hee bersama Mohd Osman dan Jamaludin muncul dalam sidang media Najib dan
menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus menyebabkan kerajaan PR Perak hilang sokongan majoriti
dalam DUN
Berlaku kekecohan dalam DUN Perak pada 7 Mei dan Hee didakwa menyembur cecair lada untuk
mencederakan Adun DAP bagi kawasan Aulong, Yew Tian Hoe.
Yew mengemukakan saman ke atas Hee pada 2010 dan mahkamah memihak kepada Adun Aulong itu. Hee
mengemukakan rayuan namun mahkamah mengekalkan
sabitan tersebut
Selepas rampasan kuasa
Never contests an election again.
Awarded a ‘Datukship’ in 2010 by the late Sultan Azlan Shah of Perak. Accompanied by husband
Quay Chin Teik, she receives the award at the Kuala Kangsar palace.
She leaves the political arena. However, a day before the 2018 polls, she is quoted by Utusan
Malaysia as claiming she is being discriminated against by DAP due to her
disability.
Najib Razak, 66
10 tahun lalu
Menyandang tugas sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebelum
menggantikan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau dianggap perancang utama yang membawa kepada
kejatuhan PR Perak
Pada 30 Jan Najib menggantikan tempat Tajul Rosli Ghazali sebagai ketua Umno Perak
Lima hari kemudian - bersama tiga Adun PR yang berpaling tadah - Najib mengumumkan BN menguasai
Perak semula
Mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam pada 3 Apr
Selepas rampasan kuasa
Menjadi PM selama sembilan tahun sebelum PH mengalahkan BN pada PRU ke-14
Pada 2015, isu 1MDB muncul, dan beliau berdepan beberapa pertuduhan berkaitan skandal itu
Selepas PRU 2018 beliau berdepan lebih 40 tuduhan jenayah rasuah - setakat Jan 2019 - di
mahkamah
Mohammad Nizar Jamaluddin, 62
10 tahun lalu
Setiausaha PAS Perak dan Adun Pasir Panjang. Mengangkat sumpah sebagai menteri besar selepas PRU
2008
Selepas rampasan kuasa beliau dibenarkan mengadap sultan Perak - selain melalui saluran mahkamah
- bagi memohon agar DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru di peringkat negeri dibuat
namun gagal
Pada PRK Bukit Gantang dia dicalonkan pembangkang dan menang dengan 2,789 undi, sekali gus
dianggap suara balas rakyat Perak terhadap rampasan kuasa di negeri itu
Semasa mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dua bulan kemudian, Nizar melaungkan "Bubar DUN Perak"
dan "Hidup Rakyat". Lima minit kemudian Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menghalau Nizar
keluar
Selepas rampasan kuasa
Semasa PRU ke-13 diadakan Nizar tidak mempertahankan kerusi Bukit Gantang atau Pasir Panjang,
sebaliknya menjadi calon DUN Changkat Jering. Dia menang dengan kelebihan 1,170 undi
Pada 2015, berlaku krisis dalaman PAS. Nizar meninggalkan parti itu dan bersama Mohamad Sabu
menubuhkan Amanah. Ketika ini dia salah seorang anggota pimpinan pusat Amanah
Pada PRU lalu Nizar sekali lagi berpindah kerusi ke DUN Sungai Rapat, dan menang lagi. Walaupun
disebut-sebut sebagai calon MB beliau sebaliknya dilantik sebagai exco Perak
V Sivakumar, 49
10 tahun lalu
Pertama kali menjadi Adun pada PRU ke-12 (2008) dengan mewakili Tronoh. Dia kemudian dilantik
menjadi speaker DUN Perak
Jan 2009, ketika ada Adun PR disebut-sebut akan berpaling tadah, Sivakumar mengeluarkan surat
peletakan jawatan Mohd Osman dan Jamaluddin, sebelum mengisytiharkan kerusi Changkat Jering dan
Behrang kosong
Selepas Najib mengumumkan BN menguasai Perak, Sivakumar memfailkan saman untuk memohon mahkamah
mengisytiharkan tiga kerusi diwakili Adun PR yang berpaling tadah itu kosong. Namun mahkamah
menolaknya
Semasa Zambry Abdul Kadir mahu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Sivakumar melarang Adun
Pangkor itu - bersama enam exco BN - memasuki DUN Perak. Mahkamah Persekutuan kemudian
mengisytiharkan arahan itu terbatal
Pada 3 Mac Sivakumar mempengerusikan sidang DUN Perak di bawah sebatang pokok
Empat hari kemudian Sivakumar enggan mengosongkan kerusi DUN Perak sehingga dia diheret keluar
dari DUN
Insiden sama berulang pada 28 Okt. Songkok dan jubah speakernya dirampas
On Oct 28, the incident reoccurs. His speaker's songkok and robe are confiscated.
Selepas rampasan kuasa
Pada PRU 2013 Sivakumar meninggalkan kerusi DUN Tronoh untuk bertanding di kawasan parlimen Batu
Gajah. Dia kekal di kerusi itu sehingga PRU ke-14 lalu. Ketika ini Sivakumar menganggotai
Jawatankuasa Keistimewaan Khas Parlimen
Kini dia ialah timbalan setiausaha agung dan setiausaha PH Perak
Wong Chin Huat, 46
10 tahun lalu
Jurucakap Bersih
Melancarkan gerakan baju hitam sebagai tanda memprotes rampasan kuasa BN
Menggunakan slogan 1BlackMalaysia untuk mempersenda slogan 1Malaysia Najib
Ditahan tiga hari mengikut Akta Hasutan namun tiada tuduhan dikenakan
Selepas rampasan kuasa
Masih berbaju hitam. Selepas kerajaan pilihan rakyat kembali di Perak Wong kekal mengenakan baju
hitam dan berikrar tidak akan berubah sehingga sistem "first past the post" dalam PRU
dihapuskan
Menjadi felo Penang Institute
Bad Latif Mansor, 52
10 tahun lalu
Walaupun dari Selangor dia dikenang sebagai salah seorang "pejuang demokrasi Perak"
Bekas anggota PAS, aktivis politik dan sosial yang kemudian menyertai Gerakan Anti-ISA
Pada 6 Feb Bat Latif dan penyokong PR mengadakan protes membantah pelantikan Zambry sebagai MB
Dia didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan kerana menyertai atau berterusan berada dalam
perhimpunan haram
Selepas rampasan kuasa
Mahkamah sesyen mendapati Bat Latif bersalah pada 2013 dan dihukum penjara dua tahun serta denda
RM5,000
Sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memecatnya daripada jawatan kanan
Jun 2015 sultan Perak berkenan memberi pengampunan namun dengan statusnya yang mempunyai rekod
jenayah, sukar buat Bat Latif mencari pekerjaan
Kekal menyertai gerakan politik dan sosial bersama isteri Nashita Md Noor. Antara pembabitannya
ialah himpunan Bersih pada 2015 dan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi 2017.
Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah, (1928-2014)
10 tahun lalu
Ketua Hakim Negara termuda semasa dilantik ke jawatan itu pada 1982 dan berkhimat sehingga 1984
Ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan (1989 hingga 1994)
Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan meminta kerajaan negeri
pimpinan PR meletak jawatan
Zambry mengangkat sumpah sebagai MB Perak pada 6 Feb
Selepas rampasan kuasa
Menjadi sultan Perak selama 30 tahun (1984 hingga 2014) dan mangkat pada 28 Mei 2014