Selepas menang PRU ke-14, kemampuan Pakatan Harapan untuk menunaikan janji pilihan raya dipantau dari dekat. Selain perlu mentadbir negara mengikut hala tuju sendiri, HARAPAN perlu menangani isu yang ditinggalkan pentadbiran lama termasuklah skandal 1MDB. Kami mengimbas semula 100 hari HARAPAN di tampuk kuasa.
Hari 0
-
Mei 9
-
-
Harapan menang PRU ke-14
BN kehilangan kuasa di peringkat persekutuan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia. Pada PRU ke-14, Pakatan Harapan menang 113 daripada 222 kerusi parlimen yang membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.
Hari 1
-
Mei 10
-
-
Dr M angkat sumpah sebagai PM
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh yang juga merupakan kali kedua selepas 22 tahun memegang jawatan itu pada kali pertama.
Hari 3
-
Mei 12
-
-
Najib letak jawatan president Umno, pengerusi BN
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.
-
-
Dr M arah imigresen halang Najib keluar negara
Nama Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen ketika laporan pasangan itu akan menaiki penerbangan ke Jakarta. Dr Mahathir keesokan harinya mengesahkan memberi arahan itu.
-
-
Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan
Dr Mahathir mengumumkan penubuhan majlis penasihat khas untuk menasihati kerajaan.
Hari 6
-
Mei 15
-
-
Laporan audit 1MDB diklasifikasi dokumen terbuka semula
Laporan audit 1MDB diklasifikasi sebagai dokumen terbula semula atas arahan Dr Mahathir, selepas dua tahun dokumen itu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hari 7
-
Mei 16
-
-
Anwar terima pengampunan diraja, dibebas dari penjara
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengampunar penuh diraja dibebaskan selepas menjalani tiga tahun hukuman penjara atas dakwaan liwat.
-
-
Kediaman yang dikait dengan Najib digeledah polis
Selama dua hari,sekumpulan polis menggeledah kediaman yang dikaitkan dengan Najib sebagai sebahagian siasatan 1MDB. Ini termasuklah kediaman peribadi bekas perdana menteri itu di jalan langgak Duta dan tiga unit kondominium di Pavillion Residences, Kuala Lumpur.
Hari 8
-
Mei 17
-
-
Dr M umum mahu jawat Menteri pendidikan sebelum lepaskan
Dr Mahathir mengumumkan beliau akan memegang portfolio menteri pelajaran dalam kabinet baru namun diingatkan janji dalam manifesto HARAPAN bahawa perdana menteri tidak boleh memegang kementerian lain.
Dr Mahathir melepaskan portfolio itu keesokan harinya.
Hari 12
-
Mei 21
-
-
Kumpulan pertama menteri HARAPAN angkat sumpah
Kerajaan HARAPAN ditubuhkan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammed V di Istana Negara hari ini.
-
-
PM umum hutang negara lebih RM1 trillion
Dr Mahathir mendakwa hutang negara melebihi RM1 trilion, yang mana hampir dua kali ganda daripada yang didakwa pentadbiran BN sebelumnya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudian memberi butiran lanjut tentang hutang negara dengan menjelaskan bahawa jumlah itu termasuk "hutang tersembunyi" seperti hutang jaminan kerajaan.
Hari 19
-
Mei 28
-
-
HSR dibatal, kemudian ditangguh
Dr Mahathir mengumumkan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek Landasan Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Bagaimanapun, beliau kemudian pada Jun berkata projek itu ditangguhkan.
Hari 21
-
Mei 30
-
-
K'jaan tubuh Tabung Harapan
Dr Mahathir mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi rakyat Malaysia yang ingin membantu negara membayar hutang. Sekat 16 Ogos, tabung itu sudah mengutip hampir RM178 juta.
Hari 22
-
Mei 31
-
-
Projek MRT3 dibatal
Perdana menteri mengumumkan projek MRT3 akan dibatalkan. Sebelum itu projek berkenaan dianggar memerlukan kos RM40 bilion hingga RM50 bilion.
Hari 23
-
Jun 1
-
-
GST sifar bermula
Menteri Kewangan pada 16 Mei mengumumkan kadar GST akan diturukan dari enam peratus kepada sifar bermula 1 Jun.
Hari 26
-
Jun 4
-
-
Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara
Yang di-Pertuan Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara selepas media melaporkan pihak istana tidak bersetuju dengan calon bukan Muslim yang dikemukakan oleh kerajaan bagi jawatan itu.
Hari 27
-
Jun 5
-
-
Guan Eng gesa Najib jelaskan transaksi RM9.4b SSER
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bekas menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak membayar RM8.25 bilion - iaitu 87.7 peratus dari kos keseluruhan - dua projek di bawah Kementerian Kewangan, Suria Strategic Energy Resources (SSER), sedangkan hanya 13 peratus daripada kedua-dua projek itu berjaya disiapkan.
Lim juga berkata terdapat kaitan antara SSER dengan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Kedua-dua projek adalah projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) di Melaka yang bernilai RM5.35 bilion dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) yang bernilai RM4.06 bilion. Kerja untuk kedua-dua projek itu bermula pada bulan April tahun lalu.
Lim hari ini mendedahkan bahawa kerajaan telah membayar hampir 90 peratus daripada jumlah projek berkenaan, tetapi hanya 13 peratus daripada kedua-dua projek itu berjaya disiapkan.
Hari 29
-
Jun 7
-
-
Ketua Hakim Raus, hakim kanan Zulkefli letak jawatan
Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Peletakan jawatan mereka dijadual berkuar kuasa 31 Julai.
Hari 33
-
Jun 11
-
-
Dr M mahu projek kereta nasional 3.0
Dr Mahathir ketika berucap dalam persidangan di Tokyo, Jepun memberi gambaran tentang projek kereta nasional baru. Media kemudian melaporkan bahawa beberapa syarikat pembuat kereta Jepun diperlukan untuk memberi bantuan.
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof pada 4 Ogos berkata kerajaan akan melancarkan projek berkenaan pada 2020.
Pada 29 Jun, Dr Mahathir juga memberi gambaran kemungkinan kerjasama bersama Indonesia untuk projek kereta bagu pasaran Asia.
Hari 45
-
Jun 23
-
-
GERAKAN keluar BN
Parti Gerakan menjadi parti kesepuluh meninggalkan BN, menyusul jejak langkah bekas parti komponen gabungan itu di Sabah dan Sarawak.
MyPPP turut mengumumkan keluar BN, yang seterusnya menjadikan BN hanya tinggal 3 parti komponen: Umno, MCA dan MIC.
Hari 49
-
Jun 27
-
-
Polis dedah RM686j rampasan dari kediaman dikait Najib
Polis berkata berkata rampasan pada Mei di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri bernilai RM686.37 juta, dengan nilasi pasaran semasa boleh mencecah antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.
Ini termasuklah 272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (baki 295 masih belum dinilai), 423 jam tangan bernilai RM78 juta, 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000, dan wang tunai RM116.7 juta.
-
-
Najib lawat Malaysiakini buat kali pertama
Bekas perdana menteri yang seminggu sebelumnya menarik saman fitnah pada 2014 terhadap Malaysiakini, melawat pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, Selangor bagi sesi wawancara. Antara yang dibincangkan adalah barangan rampasan di kediamannya, 1MDB dan PRU ke-14.
Hari 52
-
Jun 30
-
-
Zahid dipilih jadi presiden Umno
Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai presiden Umno selepas mengalahkan bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah.
Kemudian pada Julai, beliau dilantik sebagai ketua pembangkang.
Hari 54
-
Jul 2
-
-
Kumpulan kedua menteri HARAPAN angkat sumpah
13 menteri mengangkat sumpah termasuk menteri termuda kabinet dalam sejarah Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan.
Hari 55
-
Jul 3
-
-
SPRM tahan Najib di kediamannya
Bekas perdana menteri ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat berhubung siasatan ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB.
-
-
ECRL, SSER diarah gantung semua kerja
Menteri kewangan mengarahkan semua kerja untuk kontrak projek Landasan Kerata Api Pantai Timur (ECRL) dan SSER digantung.
Putrajaya berkata kos sebenar ECRL RM81 bilion, iaitu 47 peratus lebih dari RM55 bilion yang didakwa pentadbiran BN sebelumnya.
Hari 56
-
Jul 4
-
-
Najib minta dibicara 4 tuduhan
Najib minta dibicarakan ke atas satu tuduhan rasuah dan tiga pecah amanah kerana didakwa meneruma RM42 juta dari SRC International.
Beliau mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan itu dan meninggalkan mahkamah selepas keluarganya membayar separuh dari RM1 juta wang ikat jamin.
Hari 63
-
Jul 11
-
-
Richard Malanjum jadi ketua hakim pertama dari Sabah
Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim dan seterusnya menjadi individu pertama dari Sabah dilantik memegang jawatan tertinggi kehakiman negara. Sementara Tan Sri Ahmad Maarop mengangkat sumpah Presiden Mahkamah Rayuan.
Penyandang jawatan itu sebelum ini diminta mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta.
Hari 64
-
Jul 12
-
-
Kerajaan lulus LRT3 lepas potong separuh kos
Kerajaan bersetuju meneruskan projek LRT3 selepas kos akhir dipotong sebanyak 47 peratus kepada RM16.62 bilion.
Hari 68
-
Jul 16
-
-
MP pembangkang keluar dewan bantah pelantikan speaker
Persidangan Dewan Rakyat yang pertama sejak PRU ke-14 bermula dengan kekecohan selepas anggota parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai membantah pelantikan speaker Datuk Mohamad Ariff Yusof.
Pelantikan itu didakwa tidak mematuhi tempoh 14 hari nama calon perlu diserahkan sebelum hari persidangan bermula.
-
Dr M: Manifesto HARAPAN bukan 'kitab suci'
Manifesto HARAPAN hanyalah sebagai panduan, kata perdana menteri.
Hari 69
-
Jul 17
-
-
'Sila duduk, jangan lari': Agong sindir MP pembangkang
Yang di-Pertuan Agong berjenaka menyindir anggota parlimen pembangkang yang pada hari sebelumnya meninggalkan dewan. Sebelum memulakan titah pembukaannya di parlimen, baginda mengusik, "Sila duduk dan jangan lari".
-
8 senator baru angkat sumpah
Termasuklah Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy, yang bersama tiga yang lain diserap ke dalam kabinet.
Hari 70
-
Jul 18
-
-
Ramkarpal jadi MP pertama diarah keluar dewan
Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh diarahkan keluar Dewan Rakyat oleh speaker selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Pemuda Umno sebagai samseng.
Hari 87
-
Ogos 4
-
-
HARAPAN menang PRK pertama selepas PRU ke-14
HARAPAN berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis di Selangor dengan 5,842 majoriti undi, dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dianggap sebagai ujian untuk melihat sentimen pengundi terhadap kerajaan persekutuan yang baru.
Hari 88
-
Ogos 5
-
-
Anwar menang presiden PKR tanpa bertanding
Ketua Umum PKR itu menang pemilihan parti bagi jawatan presiden selepas tiada pencabar.
Hari 90
-
Ogos 7
-
-
Equanimity tiba di Pelabuhan Klang
Equanimity yang didakwa dibeli dari dana 1MDB tiba di Pelabuhan Klang selepas Indonesia bersetuju menyerahkan kapal layar mewah itu kepada Malaysia.
Dr Mahathir yang sempat melawat kapal layar itu empat hari kemudian menyifatkan ia sebagai "sangat mewah".
Hari 91
-
Ogos 8
-
-
Najib berdepan 3 lagi dakwaan pengubahan wang haram
Perkembangan ini menjadikan jumlah kesemua dakwaan berhubung SRC Intenational yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu sebanyak tujuh, dengan empat dakwaan terdahulu dipinda.
-
Guan Eng: Audit dedah RM19b bayaran balik GST 'disalah guna'
Menteri kewangan mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.
Keesokan harinya, beliau mendedahkan jumlah kekurangan bayaran balik GST lebih tinggi iaitu sebanyak RM19.248 bilion.
-
17 pegawai keselamatan disyaki curi RM3.5 juta dari pejabat Najib
SPRM menahan 17 pegawai keselamatan di Pejabat Perdana Menteri yang didakwa mencuri RM3.5 juta dari pejabat Najib pada malam pilihan raya umum ke-14 lalu. Kesemua mereka kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
-
Mujahid arah gambar aktivis LGBT diturunkan dari pameran
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal agama, Datuk Mujahid Yusof mengesahkan pihaknya memberi arahan menurunkan gambar dua aktivis dari pameran bertema kemerdekaan di festival sastera di George Town, Pulau Pinang.
Hari 96
-
Ogos 13
-
-
Kakitangan BTN, PLKN diserap ke kementerian belia
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman memberitahu, kementeriannya akan membuat program baru bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dan Biro Tata Negara(BTN) serta digantikan dengan program baru yang akan memfokuskan untuk membentuk belia masa hadapan yang berwawasan serta tinggi jati diri mereka.
-
Janji HARAPAN yang perlu pindaan perlembagaan mungkin ditangguh
Dr Mahathir berkata janji HARAPAN yang memerlukan pindaan perlembagaan termasukah mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal mungkin ditangguh kerana HARAPAN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen.
Bagaimanapun, beliau menambah, HARAPAN akan cuba mendapatkan sokongan bagi janji seumpamanya.
Hari 97
-
Ogos 14
-
-
Dr M akui HARAPAN kesuntukan masa penuhi janji manifesto
Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah majlis makan malam di hadapan anggota parlimen HARAPAN mengakui mereka kesuntukan masa untuk memenuhi janji manifesto yang antaranya dibuat kerana tidak menjangkakan gabungan itu akan menang.
Perdana menteri juga menambah bahawa pemimpin HARAPAN kini perlu cuba yang terbaik memenuhi janji berkenaan dan memberi penjelasan yang dapat diterima rakyat bagi janji yang tidak dapat dipenuhi.
Hari 99
-
Ogos 16
-
-
Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 melalui undi majoriti.
Akta itu dimansuhkan selepas empat bulan diwartakan sebagai undang-undang selepas diluluskan pada 2 April lalu.