Malaysia menimbulkan isu penambakan Singapura di tribunal antarabangsa. Sebagai penyelesaian pada 1 Sept 2005, Malaysia dan Singapura bersetuju menangani kebimbangan mengenai isu penambakan itu.
Kedua-dua negara juga bersetuju merundingkan sempadan maritim yang baru namun tiada tindakan susulan.
Pada 25 Okt, 2018 Malaysia memperluaskan had Pelabuhan Johor Bahru sehingga had pelabuhan Singapura.
Kementerian Pengangkutan memberitahu Malaysiakini bahawa tindakan ini adalah untuk membendung kegiatan haram di kawasan itu yang tidak dikawal.
Pada 6 Dis, 2018, Singapura bertindak balas dengan memperluaskan had pelabuhannya ke kawasan yang sama, menyebabkan pertindihan.
Singapura mengangkut kapal tentera ke perairan yang dipertikaikan sementara terdapat kapal bukan tentera Malaysia di sana.
Mereka mendakwa walaupun perjanjian sebelum ini meminta agar sempadan maritim di Tuas dirundingkan, Singapura enggan berbuat demikian.
Tetapi Suruhanjaya Tinggi Singapura menolak dakwaan itu, mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah mencadangkan apa-apa rundingan. Ia menegaskan republik itu sentiasa terbuka untuk mencari penyelesaian terbaik.
Pada 14 Mac 2019, Malaysia dan Singapura cuba meredakan keadaan dengan mengembalikan had pelabuhan asal. Dua negara itu juga setuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa untuk menentukan sempadan pelabuhan berdekatan Tuas.
Malaysia dan Singapura juga setuju untuk meminta bantuan pihak ketiga berstatus antarabangsa sekiranya jawatankuasa tersebut tidak dapat mencari jalan penyelesaian.