Pada tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah.
Penjajahan Jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kaum, dan beberapa pertempuran kecil antara kaum berlaku.
Menjelang hari mengundi pada 10 Mei, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan ibu kota Kuala Lumpur. Salah seorangnya jentera Umno, manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis.
Sehari sebelum hari mengundi, ribuan orang berarak di KL untuk mengingati pekerja Parti Buruh tersebut. Keadaan di ibu kota tegang.
Keputusan awal menjunjukkan parti pembangkang DAP dan Gerakan yang didominasi bangsa Cina, menang banyak kerusi. Di Selangor - negeri terletaknya Kuala Lumpur - Dewan Undangan Negeri tergantung.
Pada 11 dan 12 Mei, penyokong parti pembangkang berarak di KL sambil menghina kaum Melayu. Tercabar dengan tindakan itu, Pemuda Umno bercadang berarak pada 13 Mei selepas waktu Maghrib.
Berikut adalah kejadian pada hari tersebut:
(Lokasi-lokasi dianggarkan berdasarkan peta terkini.)
Abdul Rahman Mohd Noor (kiri) dan Tan Choong Cheng (kanan) menyaksikan kejadian ngeri di Kampung Baru. Ketika itu, mereka berumur 21 dan 17 tahun.
Perintah berkurung diumumkan di radio pada 7.45 malam.
Panggung Capitol antara pawagam yang diserang di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Hospital Besar (di latar belakang) terletak lebih kurang 1km dari kawasan panas rusuhan.
Kenderaan yang dirosakkan di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
Sebuah kereta yang terbakar di Jalan Raja Muda, lokasi tercetusnya rusuhan.
Rumah kedai yang terbakar di Jalan Campbell.
Gambar-gambar berikut diambil oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada Mei 15, 1969. Sultan Ismail keluar dengan kameranya selepas menandatangani perintah darurat.
Jalan Raja di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad lengang akibat perintah berkurung. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Jalan Batu (sekarang dikenali Jalan Tuanku Abdul Rahman) merupakan kawasan panas rusuhan 1969. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Jalan Bukit Bintang yang biasanya sibuk lengang pada 15 Mei 1969, semasa Kuala Lumpur berada bawah perintah berkurung./ Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Gambar jalan raya sepi ini dipercayai diambil di Pudu, berdasarkan papan tanda Hotel Odeon di belah kiri gambar. Tiada seorang pun berlegar di luar. / Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Ismail.
Pada 24 Jun, Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan, diketuai Tun Abdul Razak Hussein. Kuasa berpindah dari PM Tunku Abdul Rahman ke Tun Razak.
Pada tahun 1971, Parlimen bersidang semula dengan Tun Razak sebagai perdana menteri. Sebilangan sejarawan menganggap pemindahan kuasa ini bukti rusuhan tersebut sebenarnya sebahagian dari kudeta.
Razak percaya bahawa perpaduan takkan dicapai jika kekayaan tidak dikongsi dengan adil. Pada masa itu, bumiputera memegang 2.4% kekayaan negara.
Maka pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru dilancarkan melalui tindakan afirmatif untuk meningkatkan pemilikian bumiputera. Semangat dasar tersebut diguna pakai ke hari ini.
Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara, tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang tersayang.
Di Afrika Selatan, trauma dari zaman Apartheid ditangani melalui sidang 'truth and reconciliation' bagi mencapai kemaafan. Kerajaan Jerman pula memilih untuk menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman Nazi ke muka pengadilan.
Malaysia boleh mengambil tauladan dari cara negara lain berhadapan dengan sejarah gelap mereka, namun menurut pakar, apa pun kaedah yang diguna pakai di Malaysia harus mengambil kira faktor-faktor tempatan.
Yang pasti, setengah abad telah berlalu dan Malaysia perlu mencari jalan untuk mengubati luka dari rusuhan Mei 13 dan supaya ia boleh bergerak ke hadapan. (Baca lagi)