Cukai: Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu?

Cukai merupakan salah satu sumber perolehan utama kerajaan bagi melaksanakan pelbagai pembangunan, perkhidmatan dan kebajikan demi kesejahteraan rakyat serta negara.

Namun sehingga kini, masih ada pihak yang gagal melunaskan tanggungjawab tersebut. Sama ada anda baru bekerja ataupun ingin penyegaran semula, panduan ini akan bantu anda memahami tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Seseorang individu yang mempunyai pendapatan gaji dalam kiraan tahunan melebihi daripada RM37,333.00 selepas potongan KWSP, individu berkenaan perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Cukai di bawah Pengurusan HASiL

Cukai di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung. Cukai langsung adalah di bawah pengurusan HASiL.

Antara contoh cukai langsung ialah Cukai Pendapatan, Cukai Pendapatan Petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Duti Harta Pusaka, Duti Setem, Apa-apa cukai lain yang dipersetujui antara Kerajaan dan HASiL.

Kerajaan memperuntukkan cukai yang dikutip ini untuk dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Apakah peranan utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia?

Cukai Pendapatan merupakan sumber utama Bajet Kerajaan Persekutuan

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia
Cukai Pendapatan
Cukai Langsung Lain
Cukai Tidak Langsung
Hasil Bukan Cukai
Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan
*RM332,100 Juta terdiri daripada hasil dan pinjaman

Tahukah anda ke mana cukai yang anda bayar digunakan?

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia

Hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat akan digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara.

Setiap tahun, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) kepada golongan B40. Bukan itu sahaja, Kerajaan turut memberikan bantuan kewangan untuk membantu rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19 seperti Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Bantuan kewangan ini telah disalurkan untuk memastikan nasib rakyat terbela dan aktiviti ekonomi terus berkembang. Melalui pembayaran cukai, lebih ramai rakyat akan memperoleh manfaat demi memastikan kelangsungan hidup.

Info di bawah menunjukkan agihan cukai yang dibahagikan berdasarkan sektor.

Pecahan RM332,100 Juta hasil cukai dibelanjakan

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia

Pembelanjaan Pembangunan 22.8%

Termasuk Ekonomi, Sosial, Keselamatan, Pentadbiran Am

Pembelanjaan Mengurus 70.3%

Terdiri daripada Emolumen, Bayarn Khidmat Hutang, Perkidmatan & Bekalan, Bayaran Persaraan, Pemberian & Serahan kepada Kerajaan Negeri, Subsidi & Bantuan Sosial, dan Lain-lain.

COVID-19

Kumpulan wang COVID-19 di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.

Siapa perlu bayar cukai pendapatan?

Adakah kadar cukai individu di Malaysia berbaloi berbanding negara Asean lain dan negara yang maju?

Ianya masih rendah iaitu pada 30% berbanding dengan negara lain di dunia.

Jika rakyat Malaysia patuh membayar cukai, kita dapat mengelakkan negara menjadi muflis akibat bebanan hutang daripada bank dunia, IMF atau kerajaan negara lain.

Pembayar cukai individu khususnya perlu ada rasa tanggungjawab dan menekankan konsep menyumbang dalam diri masing-masing iaitu apa diberi akan mendapat manfaat dan dinikmati semula di masa depan.

Mari sama-sama kita laksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai demi negara tercinta!

Sudahkah anda membayar cukai?

Ketahui lebih lanjut maklumat percukaian menerusi Portal Rasmi HASiL
Jom laksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai sekarang di MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia